Budaya Korporat Perbadanan_Usahawan_Nasional

Budaya Korporat PUNB dirangka untuk memberi inspirasi kepada wargakerja, usahawan dan masyarakat Bumiputera mengukur aktiviti mereka ke tahap tertinggi dalam kecemerlangan keusahawanan dan nilai-nilai dalam selok-belok dan tatacara perniagaan.

Faktor penting Budaya Korporat ialah Profesionalisme, Komersialisme dan Etika. Hanya usahawan tulen sahaja dapat menghayati kesemua faktor ini berusaha untuk mencapai dan melintasi had kecemerlangan akan berjaya.

Disamping modal, pasaran dan pengetahuan teknologi, kejayaan dalam perniagaan bergantung kepada sikap dan nilai usahawan itu sendiri. Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan jika usahawan tidak mempunyai semangat dan amalan Budaya Korporat.

Profesionalisme

Keterampilan Pengurusan Perniagaan

Berpengetahuan dan bijak dalam semua aspek pengurusan.

Pengurusan Sistematik dan Berdisplin

Prihatin terhadap kepentingan disiplin dan penggunaan proses serta prosedur kerja yang sistematik.

Kemahiran Berunding

Mampu memastikan rundingan berakhir dengan kejayaan yang menguntungkan pihak yang terlibat.

Tegas dan Berwawasan

Bijak dan tegas dalam membuat keputusan serta mempunyai wawasan yang jelas dalam perniagaan.

Kreativiti yang Tinggi

Prihatin kepada keperluan penyelidikan dan pembangunan dalam meneruskan daya cipta dan inovasi yang tinggi untuk terus berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

Komersialisme

Bijak Menghadapi Risiko

Faham dan arif dalam menguruskan risiko perniagaan yang diceburi.

Barangan dan Perkhidmatan Berkualiti

Berusaha untuk memastikan mutu barangan dan perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti secara berterusan.

Perkhidmatan Penghantaran

Memastikan ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan serta dengan khidmat susulan yang sentiasa cemerlang.

Kos Pengeluaran Minimum

Berusaha untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya harga barangan mampu bersaing di pasaran tanpa menjejaskan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Beretika

Nilai Etika yang Tinggi

Mempunyai dan mempraktikkan nilai dan etika yang tinggi dalam mengurus perniagaan.

Prinsip Pengurusan yang telus

Segala urusniaga mesti dikendalikan melalui amalan pengurusan yang berhemah dantelus.

Keseimbangan Antara Tanggungjawab Komersial dan Sosial

Kepentingan komersial mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab masyarakat dan alam sekitar.

Jujur dan Amanah

Kredibiliti dan integriti yang tinggi amat penting bagi seseorang untuk terus dihormati.

Komitmen, Kesetiaan dan Kerjasama

Memberikan komitmen dan kesetiaan sepenuhnya kepada organisasi dan sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan semua pihak.